
Universiti Malaya (UM) merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Malaya (sekarang dikenali sebagai Malaysia) dan telah dirasmikan sebagai universiti awam dalam Persekutuan Malaya pada 1 Januari 1962.
Ia terdiri daripada dua akademi, tiga belas fakulti, tiga institusi dan tiga pusat akademik yang merangkumi secara komprehensif bidang perubatan, sains, teknologi, sains sosial dan kemanusiaan.
UM telah membuktikan kedudukannya sebagai Institusi pelajaran tinggi yang diiktiraf antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran apabila berada di tempat ke-59 dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021 dan tempat ke-13 bagi QA Asia University Ranking 2020.
Adalah menjadi kebanggaan Fakulti Undang-Undang yang merupakan salah satu fakulti dalam UM dalam memberikan pengajian undang-undang yang liberal dan komprehensif sebagai disiplin ilmiah.
Ia melatih dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran profesional dan etika profesion undang-undang, digabungkan dengan pandangan undang-undang yang kritis sebagai elemen untuk organisasi sosial, perubahan sosial dan keadilan.
Ijazah yang ditawarkan oleh Fakulti termasuklah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Jurispruden.
Di peringkat Sarjana, selain daripada Ijazah Sarjana Undang-Undang dan Ijazah Kedoktoran Falsafah, Fakulti ini turut menawarkan Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dan Sarjana Undang-Undang Komersial.
WEBSITE