

Projek ini dilancarkan pada Januari 2020 dan akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun akan datang
Selamat datang ke Projek ILFM
Karakteristik inovatif Pembangunan Program Peringkat Sarjana “International Law and Forced Migration Studies” (ILFM) terletak pada 3 perkara di bawah:
ILFM adalah berdasarkan pada keperluan mendesak untuk menjadikan PC HEI sebagai pemain utama dalam:
- Penghasilan professional berkemahiran tinggi di dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa dan Penghijrahan Paksa
- LLL untuk mengemaskini kemahiran staf akademik secara berterusan di abad 21
HEIs merupakan institusi gabungan yang telah pun menyampaikan pendidikan yang kukuh dan berkualiti tinggi
Walau bagaimanapun, untuk mewujudkan impak yang besar kepada masyarakat, kurikulum pendidikan di lapangan perlu dibuat / dimodenkan dan keupayaan staf akademik perlu diperkaya.
ILFM menangani keadaan darurat semasa PC, di mana pengamal undang-undang tempatan mempunyai tanggungjawab besar dalam pemberian bantuan pelbagai aspek kepada orang yang memerlukan bantuan undang-undang dan kemanusiaan.
Memiliki profesional berkemahiran tinggi yang dilatih dari PC HEI merupakan peluang unik untuk mencapai peningkatan strategi pelarian yang kukuh, berkenaan dengan peningkatan peraturan undang-undang domestik dan antarabangsa, metodologi / proses kerja yang akan menjana hasil lestari yang akan memberi kesan positif di peringkat masyarakat.
