Universiti Utara Malaysia | UUM (Malaysia)

Universiti Utara Malaysia (UUM), yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984, merupakan universiti awam Malaysia keenam.
Universiti ini telah ditubuhkan untuk memberi tumpuan dalam bidang pengurusan.
Perancangan pembinaan universiti keenam ini telah bermula pada bulan Ogos 1983 ketika Kementerian Pendidikan Malaysia mula memberikan penekenan kepada idea penubuhan universiti ini.
Pada 19 Oktober 1983, Kabinet telah memberikan kelulusan rasmi untuk projek ini dibuat di Kedah. Pada masa itu, projek itu disebut “Projek Universiti Keenam”.
Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam, yang secara rasmi dinamakan sebagai Universiti Utara Malaysia (UUM), telah dibuka secara rasmi pada 15 Februari 1984 di Jitra.
Kampus UUM tetap, iaitu Kampus Sintok, telah mula beroperasi pada 15 September 1990 dan telah dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004 oleh Canselor Diraja, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
UUM telah berkembang menjadi kampus terbuka yang mana orang luar dan pelancong dibenarkan untuk mengunjungi dan menggunakan pelbagai kemudahan di dalamnya.
Kawasan seluas 107 hektar hutan telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan samada untuk menarik pelancong ke wilayah utara mahupun untuk memenuhi keperluan rekreasi warga komuniti kampus.
Di antara kemudahan ini adalah kawasan berkelah, lapangan golf 18 lubang, litar go-kart, lapang sasar dan memanah, tapak berkuda, dan beberapa kemudahan lain yang mula menambat minat di kalangan pelancong dan warga komuniti kampus.


WEBSITE