Symbiosis International Deemed University – SIU adalah universiti pelbagai disiplin yang menawarkan kepada pelajar dan fakultinya ekosistem pembelajaran yang cergas yang dirancang berdasarkan etos pelbagai budaya dan inovatif.
Ianya ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Prof. Dr. S.B. Mujumdar sebagai ‘home away from home’ untuk pelajar Asia Afrika berlandaskan prinsip pemikiran Veda “World as One Family”.
Nama Symbiosis dicipta dengan maksud yang istimewa – iaitu membenarkan pelbagai budaya antarabangsa untuk bertemu pada satu titik dan berkembang bersama.
Symbiosis Law School (SLS), Pune yang ditubuhkan pada Jun 1977, merupakan institusi utama bagi pendidikan undang-undang di India.
Sepanjang perjalanan selama 40 tahun ini, ia telah mencapai pelbagai pencapaian dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
SLS telah mempelopori program 5-tahun undang-undang, Program BBA LLB dan program LLM 1 tahun dengan 8 pengkhususan. Sehingga kini, sekitar 2000 pelajar telah mengikuti program BA/BALLB Hon, program LLB, LLM, PhD dan 1 program diploma.
SLS, Pune secara konsistennya berada di antara 10 kolej undang-undang teratas di India oleh pelbagai agensi peringkat kerajaan dan swasta.
SLS, Pune mendapat tempat ke-7 dalam Kerangka Kedudukan Institusi Nasional pada tahun 2019 oleh Kerajaan India daripada 1400 Pusat Pengajian Undang-Undang di India dan 3 Teratas dalam tinjauan India kini.