Marwadi Education Foundation’s Group of Institutions (MEFGI) bermula sebagai badan utama Yayasan Pendidikan Marwadi pada tahun 2008, di bawah Akta Amanah Awam Bombay 1950.
Universiti Marwardi di India telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti Swasta 9/2016 Kerajaan Gujarat dan diiktiraf oleh UGC.
Fakulti Undang-Undang ditubuhkan pada tahun 2018, dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu undang-undang dan menyediakan pendidikan undang-undang berkualiti ke arah memperoleh dan memenuhi Program Bersepadu Lima Tahun untuk Sarjana Muda Undang-Undang – B.A. LL.B. (Kepujian) atau sebagai pilihan B.Com. LL.B. (Kepujian); selain itu, turut ditawarkan Kurikulum untuk Sarjana Undang-Undang (LL.M.) dan juga Ijazah Kedoktoran (PhD) sebagai sebahagian daripada Program Penyelidikan Berkualiti.
Universiti memahami keperluan untuk mempunyai pendidikan holistik untuk mempersiapkan pelajar sebagai peguam di masa depan.
Bagi mencapai matlamat ini, kaedah pengajaran telah diterima pakai di mana Model Pendidikan 360-Darjah telah dibangunkan.
Program berstruktur ini memastikan bahawa setiap pelajar memperoleh kemahiran insaniah dan sifat professional yang diperlukan yang akan memberi mereka pengisian yang diperlukan untuk kerjaya mereka.
Penganjuran Syarahan Pakar, di mana pakar Akademik dan Industri berkongsi pengalaman mereka bekerja dalam bidang perundangan yang secara tidak langsung telah menyediakan platform pembelajaran yang hebat untuk pelajar.
Di samping memperkasa kemahiran analitikal mereka, Fakulti Undang-Undang menawarkan sesi untuk mengasah kemahiran komunikasi, pembangunan personaliti, penilaian sikap dan lain-lain yang memfokus kepada Pembangunan Kemahiran.
Dengan mengambil kira keperluan pelbagai pelajar daripada pelbagai negara, terdapat Program Bimbingan Khas untuk membantu mereka dalam apa jua cara seboleh mungkin.
WEBSITE
