Taunggyi University | TU (Myanmar)
Taunggyi University (TU) terletak di Taunggyi, Shan di mana beberapa kumpulan etnik tinggal. Kawasan kampus utama adalah seluas 214.81 ekar dan mempunyai kampus tambahan untuk penyelidikan dan pembangunan. Sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang utama di selatan Negeri Shan, universiti ini bertanggungjawab untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan oleh kerajaan, perniagaan dan industri. Terdapat lima belas Jabatan dalam Universiti Taunggyi iaitu Mynamar, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Falsafah, Psikologi, Kajian Timur, Ekonomi, Undang-Undang, Matematik, Kimia, Fizik, Zoologi, Botani dan Geologi. Kegiatan utama Universiti Taunggyi adalah melahirkan belia yang berpendidikan dan berkelayakan, menyediakan dan mengembangkan program pengajaran dan budaya penyelidikan, melaksanakan pembangunan wilayah, kesatuan kumpulan etnik dan pengembangan pendidikan. Jabatan Undang-Undang telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama BABSEACLE pada tahun 2015 dan semenjak itu pendidikan klinik undang-undang telah dilaksanakan untuk pembangunan professional dan pengajaran komuniti terutama sekali dalam bidang undang-undang jenayah, hak asasi manusia dan undang-undang alam sekitar. Di antara 30 staf pengajar di Jabatan Undang-Undang, 19 pengajar telah memilih iundang-undang antarabangsa sebagai bidang pengkhususan dalam kursus LL M dan PhD. Walaupun Undang-Undang Antarabangsa dan Undang-Undang Hak Asasi Manusia merupakan kursus teras dalam kursus LLB, perkembangan kurikulum dan silibus pelajaran adalah seiring dengan perubahan politik dan isu sosial di rantau ini dan dunia. Projek-projek penyelidikan berkaitan dengan hak pekerja pendatang asing, pemerdagangan manusia dan impak sosial dari perubahan iklim telah dilaksanakan di Jabatan Undang-Undang.